Sabtu, 4 Julai 2009

AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD
Co. No. 376131A AJL93745
Rujukan kami: AWM/PJS/06/09
Rujukan tuan:
8 REJAB 1430H
1 JULAI 2009

KEPADA:
PRESIDENT KELAB ZON
SEMUA PENGARAH JATI SETIA (PJS)


Tuan / Puan


RALAT: MAJLIS MAKAN MALAM PJS MALAYSIA DAN PJS INDONESIA BERSAMA
PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SDN.BHD.
Perkara diatas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya, ingin dimaklumkan bahawa setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Tribunal PJS Kebangsaan pada 21hb JUN 2009 yang lepas, satu Majlis Makan Malam (BBQ) akan diadakan diantara PJS Malaysia dan PJS Indonesia bersama dengan Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN.BHD. beserta dengan GM. Majlis Makan Malam(BBQ) tersebut akan diadakan pada:

Tarikh : 24hb Julai 2009(Jumaat)
Masa : 8.00 malam sehingga selesai majlis
Tempat : Hotel De Palma Ampang, Selangor

Sila buat pengesahan kehadiran dengan segera untuk memudahkan pihak kami membuat tempahan penginapan. Bayaran penginapan untuk Majlis Makan Malam (BBQ) tersebut ditanggung oleh pihak PJS sendiri.

Tarikh Akhir Pengesahan Kehadiran : 6 Julai 2009
Cara pembayaran: 1. Tunai @ 2. On Line @ 3. Potongan Bonus
Nama Bank Dan Akaun No : Bank Islam Malaysia Berhad / BIMB (09010010019387) atas nama
Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
RALAT:
KEHADIRAN DIWAJIBKAN DAN HANYA PJS BERSAMA SUAMI / ISTERI SAHAJA YANG DIBENARKAN UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Md Kamal bin Ismail di talian : 04-977 6805 / 013-480 4717 atau Cik Normalina bt Sharoni di talian : 04-977 6805 / 019-221 2073. Semua PJS diminta untuk membuat pengesahan kehadiran masing-masing kepada staf yangbertugas.
Kerjasama dari semua pihak amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Yang Benar,

EN.MOHD FAISOL ABD RAHMAN
PENGURUS BESAR
AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD
Fail: Pengarah Urusan
Marketing

AddThis