Ahad, 5 April 2009

Konvek 2009

1 April - Pada hari ini mesyuarat Tribunal PJS Kebangsaan telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Cawangan Sungai Petani. Wakil ahli Tribunal dari KPT yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah PJS Ustaz Mohd Ramizu, PJS Kak Nor, PJS Ustaz Jamaluddin, PJS Che Abd. Rahman dan PJS Jaafar.

Antara fokus utama perbincangan ialah berkaitan dengan KONVEK 09. Pihak KPT diberi amanah mengumpulkan para pengedar seramai 500 orang utk dibawa ke KONVEK tersebut dengan pecahan bilangan mengikut negeri seperti berikut : Kelantan ( 200 orang ), Terengganu ( 160 orang ) dan Pahang ( 140 orang ).

Jumlah penyertaan bagi KONVEK tersebut adalah seramai 5000 orang sahaja. Pihak KPA diberi tanggungjawab menyediakan tempat kepada 3000 orang manakala KPU seramai 1200 orang sahaja, dan selebihnya dari Sabah, Sarawak, dan Indonesia.

AddThis