Khamis, 2 April 2009

Meeting KPT

Marang, 25 Mac - Ahli Jawatankuasa Tertinggi KPT telah mengadakan mesyuaratnya pada 25 Mac 2009 bertempat di HPA Cawangan Marang bermula jam 10.00 malam.
Mereka yang dapat menghadiri mesyuarat tersebut ialah PJS Ustaz Mohd Ramizu, PJS USt Jamaluddin, PJS Cikgu Jalaluddin, PJS Cikgu Che Abdul Rahman dan juga PJS Bukhari ( bagi pihak PJS Kak Ani ). PJS Kak Nor dan PJS Dr. Yusuf telah memaklumkan daripada awal lagi tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielak. PJS Jaafar terpaksa menguzurkan diri pada saat akhir kerana isterinya jatuh sakit. Manakala PJS Ustaz Kamal gagal menghadiri mesyuarat tersebut kerana berlaku sedikit masalah teknikal dari pihak Setiausaha kelab ( akan dibaiki pd masa akan datang ).

Antara keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat tersebut ialah mewujudkan Majlis Tribunal KPT yang dijadikan majlis tertinggi bagi Jawatankuasa Kelab ( arahan GM agar diasingkan majlis tribunal dgn Jawatnkuasa Kelab. Justeru itu, ahli jawatankuasa kelab akan berlaku sedikit perubahan dan penambahan yang akan dibincangkan oleh semua PJS Zon Timur dalam satu majlis perjumpaan yang akan diadakan pada 17 April 2009 bertempat di Cawangan HPA Kuantan 1 jam 9.00 malam ( semua PJS Zon Timur adalah DIWAJIBKAN hadir ).
Senarai nama ahli Majlis Tribunal KPT yang telah dipersetujui ialah PJS Ustaz Mohd Ramizu selaku Pengerusi, PJS Kak Nor selaku Penasihat, PJS Cikgu Che Abdul Rahman mewakili Kelantan, PJS Ustaz Jamaluddin mewakili Terengganu, dan PJS Jaafar mewakili Pahang.

AddThis