Jumaat, 8 Mei 2009

HPA mahu kuasai Indonesia

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera terkemuka di Malaysia yang terkenal dengan produk Kopi Radix, mensasarkan untuk muncul syarikat MLM terbesar di Indonesia dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan melancarkan program Groom Big.

Program itu dilancar sebaik termeterai usahasama antara HPA yang beroperasi sejak 1997 dan berpangkalan di Jejawi, Perlis dengan ahli kongsi di Indonesia untuk mewujudkan syarikat dikenali PT HPA Nusantara yang dilancarkan di Jakarta pertengahan April lalu.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata HPA yang disahkan sebagai MLM (MLM) Syariah pertama di Malaysia pada Februari lalu, mula bertapak di Indonesia sejak tujuh tahun lalu di bawah nama PT Wahida dengan pengurusan syarikat itu dikendalikan pihak di Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, dengan pembukaan PT HPA Nusantara, operasi syarikat akan diletak secara terus di bawah pengurusan HPA Malaysia, tetapi dibantu tenaga kerja dari Indonesia

“Perkara utama dalam program Groom Big ini untuk mengerakkan MLM HPA Nusantara sama seperti HPA di Malaysia dengan menghantar sebanyak mungkin produk kita yang kita berjumlah lebih 200 (produk) ke negara itu selain memastikan ‘killer product’ (produk utama) seperti Kopi Radix tidak terputus bekalan.

“Perkara kedua mewujudkan lebih banyak ‘cabang’ (cawangan) HPA Nusantara di Indonesia yang kini hanya berjumlah lapan iaitu dua di Jakarta dan masing-masing satu di Bandung, Jogjakarta, Makassar, Medan, Palembang dan Surabaya.

“Sasaran kita ialah lebih daripada 150 cawangan dengan mengambil kira keluasan dan kepadatan penduduk Indonesia yang kini berjumlah lebih 250 juta” katanya.

sumber: hmetro 4 mei 2009
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bisnes/20090504050104/Article/index_html

AddThis