Khamis, 11 Jun 2009

PENJELASAN TERHADAP BELIAN 300 NILAI MATA PESERTA PBC

Timbul kekeliruan dan salah tanggapan di kalangan PJ, PSD dan Stokis berhubung surat arahan GM HPA mengenai pembelian 300 Nilai Mata di kalangan peserta PBC bertarikh 25 MEI 2009.

Arahan yang dikeluarkan bertujuan untuk memudah dan melicinkan lagi pengurusan dan perjalanan proses BONUS. Ini kerana terdapat aduan di kalangan peserta PBC bahawa mereka tidak dapat bonus, sedangkan mereka telah membuat belian 300 Nilai Mata di cawangan atas nama STOKIS atau PSD atau Pusat Jualan (PJ)

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan STOKIS, PSD, PJ terlupa untuk mengeluarkan INVOIS atas nama PESERTA PBC/PEMBELI tadi. Atau pun PESERTA PBC/PEMBELI terlupa memberikan INVOIS tersebut kepada STOKIS, PSD, PJ. Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada pihak M.I.S. Kesannya HPA tidak dapat membayar BONUS kepada peserta tersebut kerana tidak ada dokumen menunjukkan telah berlaku BELIAN PERIBADI 300 Nilai Mata walau pun PESERTA PBC/PEMBELI tersebut bermati-matian mengaku telah membuat belian 300 Nilai Mata di Cawangan HPA atas nama STOKIS, PSD atau PJ.

Oleh yang demikian, amat wajar pihak HPA mengeluarkan arahan tersebut agar kekeliruan ini dapat dibanteras walau pun STOKIS, PSD dan PJ tidak dapat menikmati BONUS STOK 11%, 13% dan 15%. Yang paling penting setiap PESERTA PBC akan lebih jelas dan lancar pergerakan INVOIS mereka.

Saya sarankan sekiranya PESERTA PBC bercadang menghimpunkan Nilai Mata (NM), adalah lebih elok dan molek terus sahaja membuat belian kepada STOKIS, PSD dan PJ yang berdekatan. Jangan sama sekali membuat belian peribadi atas nama STOKIS, PSD dan PJ. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan banyak kekeliruan dan ketidak puasan hati sekiranya mereka TIDAK LAYAK DIBERIKAN BONUS akibat kesilapan TEKNIKAL.

hasil tulisan PJM Ismail Osman

AddThis