Jumaat, 17 Julai 2009

KPA : MALAM MOTIVASI HPA BERSAMA GM DAN PJM


1.Debaran KONVEK semakin hampir, sedangkan 'mood' untuk pergi belum cukup memberansangkan lagi. Sesuatu perlu dilakukan agar kehadiran ke KONVEK kali ini dapat menggambarkan sesuatu gelombang kebangkitan pengedar-pengedar HPA setelah ketiadaan hari gemilang ini pada tahun lepas.


2.Dengan barisan kepimpinan KPA yang lebih mantap dan dengan perancangan yang lebih tersusun; akhirnya masa yang dinanti-nantikan untuk menyuntik semangat baru ke dalam jiwa setiap pengedar di dalam zon tadbiran KPA dapat juga diadakan dengan jayanya.

3.Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.; Encik Mohammad Faisol bin Abdul Rahman yang disambut oleh Presiden KPA iaitu PJS PJM Hafidzan Faudzi dan barisan kepimpinan KPA.

4.Majlis "Malam Motivasi HPA" telah dipengerusikan oleh PJS PJM Rosmandi Ishak. Setelah membuka majlis dan beberapa kata-kata perangsang; beliau telah menjemput Presiden KPA PJS PJM Hafidzan Faudzi untuk menyampaikan kata-kata aluannya.

5.PJS PJM Siti Habibah Yusof kemudianya telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau dalam mengharungi liku-liku kepayahan dan kesusahan dalam usaha untuk menempa kejayaan yang beliau kecapi sekarang ini. Dalam ucapannya, beliau tidak lupa untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada PJS PJM Murad Abu Bakar; penaja dan mentor beliau yang turut hadir sama dalam majlis yang sangat bermakna ini.

6.Saudara Khalid Iskri, selaku pemimpin dalam golongan 10 bonus tertinggi dalam HPA telah diberikan penghormatan untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada yang hadir. Beliau juga merupakan anak didik dan rakaniaga PJM Cikgu Murad yang merupakan 'Top Leader HPA'.

AddThis